DUTI STEM
PENGENALAN
Taksiran dan Pungutan Duti Setem diperuntukkan di bawah undang-undang statut yang dikenali sebagai Akta Setem 1949.
Duti Setem dikenakan ke atas surat cara dan bukan transaksi. Surat cara didefinisikan sebagai setiap dokumen bertulis dan pada amnya duti setem dikenakan ke atas surat cara jenis undang-undang, komersial dan urusan kewangan. Surat cara yang dikenakan duti adalah surat cara yang tersenarai di bawah Jadual Pertama Akta Setem 1949. Orang yang dikenakan duti adalah orang seperti yang disenaraikan di bawah Jadual 3 Akta Setem 1949.
Duti setem ialah cukai yang dikenakan ke atas dokumen undang-undang untuk menjadikannya boleh diterima di mahkamah. Ia terpakai kepada dokumen seperti:
- Perjanjian jual beli
- Perjanjian pinjaman
- Kontrak penyewaan
JENIS DUTI
1. Duti Ad Valorem
Duti dikenakan berdasarkan nilai yang dinyatakan dalam surat cara atau nilai pasaran yang berkaitan. Duti ad valorem (mengikut nilai) boleh dikenakan ke atas:
- surat cara pemindahan (secara jualan atau hadiah) hartanah termasuk sekuriti yang boleh dipasarkan (iaitu stok pinjaman dan saham syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Malaysia Berhad), saham-saham syarikat yang lain dan harta tak ketara contohnya hutang buku, hak disisi undang-undang dan nama baik;
- surat cara yang mewujudkan kepentingan ke atas harta seperti penyewaan dan pajakan berkanun;
- surat cara yang menjamin bayaran dan bayaran balik wang termasuk surat cara yang mewujudkan kontrak untuk pembayaran atau tanggungan untuk pembayaran; dan
- surat cara pasaran modal yang tertentu contohnya Nota Kontrak.
2. Duti Tetap
Duti dikenakan tanpa ada kaitan dengan balasan atau amaun yang dinyatakan dalam surat cara. Duti tetap boleh dikenakan ke atas;
- surat cara perundangan, perniagaan, perdagangan atau pasaran modal contohnya surat kuasa wakil, Perkara-perkara persatuan bagi syarikat, Nota Janji Hutang, Polisi Insurans dan sebagainya; dan
- surat cara pendua atau subsidiari atau kolateral dengan syarat ia dapat ditunjukkan bahawa surat cara asal atau utama atau prinsipal telah disetemkan dengan sempurna
Untuk instrumen pemindahan – Memorandum of Transfer (MOT) dan Surat Ikatan Penyerahan Hak (DOA).
Harga Hartanah |
Peratusan |
RM100,000 pertama |
1% |
RM100,001 – RM500,000 |
2% |
RM500,001 – RM1,000,000 |
3% |
Atas RM1,000,001 |
4% |
Contoh: -
Bakar Membeli hartanah bernilai RM500,000, Bakar berada dalam kelompok pertama dan kedua peratusan. Maka 1% untuk RM100,000 dan 2% untuk RM400,000.
1% daripada RM100,000 |
RM1,000 |
2% daripada RM400,000 |
RM8,000 |
Jumlah duti setem kena bayar |
RM9,000 |
Duti Stem Untuk Perjanjian Pinjaman
Kadar maksimum 0.5% daripada jumlah penuh pinjaman.
Dengan membeli hartanah bernilai RM500,000 dengan 90% pembiayaan (10% adalah bayaran pendahuluan), maka jumlah pinjaman adalah RM450,000.
Duti setem Untuk Perjanjian Pinjaman adalah :-
0.5% x RM450,000 = RM2,250
Duti Stem Untuk Perjanjian Sewa
Delay |
Rental Period |
Not Exceeding 1 year
|
RM 1.00 |
Exceeding 1 year but not exceeding 3 years
|
RM 3.00 |
Exceeding 3 years but not exceeding 5 years
|
RM 5.00 |
Exceeding 5 years or for an indefinite period |
RM 7.00 |
Pengiraan Formula:
1. Sewa bulanan x 12 = Sewa tahunan
2.Sewa tahunan ÷ RM250 = Bilangan unit sewa
3.Bilangan unit sewa x yuran duti setem untuk tempoh pajakan yang sepadan = Jumlah duti setem (asal)
4.Jumlah duti setem (asal) + RM10 (Jumlah duti setem (salinan)) = Jumlah kos
Contoh Pengiraan:
Katakan anda menyewa hartanah dengan harga RM2,000 sebulan selama 3 tahun .
1. RM2,000 x 12 = RM24,000
2.RM24,000 ÷ RM 250 = 96
3. 96 x RM3 = RM288 (RM3 untuk penyewaan 3 tahun)
4. RM288 + RM10 = RM298
Penalti kerana Lewat Setem (Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2025):
Delay |
Penalty |
Not Exceeding 3 months |
RM 50.00 or 10% penalty of the unpaid stamp duty, whichever is higher |
Exceeding 3 months
|
RM 100.00 or 20% of the unpaid stamp duty, or whichever is higher |
Adalah penting untuk menyelesaikan duti setem dalam tempoh yang diperlukan untuk mengelakkan penalti.
- Instrumen yang dilaksanakan di dalam Malaysia: Mesti dicop dalam tempoh 30 hari dari tarikh pelaksanaan.
- Instrumen yang dilaksanakan di luar Malaysia: Mesti dicop dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia mula diterima di Malaysia.
Pengecualian Duti Setem
1. Pembeli Rumah Pertama
Rumah pertama yang berharga bawah RM500,000 ,Di berikan pengecualian duti setem penuh akan diberikan kepada kedua-dua surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman sehingga Tahun 2025
Contoh Pengiraan:-
Jumlah duti setem perlu bayar=
Duti setem untuk pindah milik+ duti setem untuk perjanjian pinjaman
(RM100,000 pertama x 1%) + (RM400,000 seterusnya x 2%) + (0.5% jumlah pinjaman), dengan andaian pinjaman 90% daripada harga hartanah (RM450,000):
= (RM1,000 + RM8,000) + (0.5% x RM450,000)
= RM9,000 + RM2,250
= RM11,250
Pembeli Rumah Pertama, Hartanah bernilai RM 500,000 ke bawah tidak perlu menanggung kos duti Stem RM 11,250.00
2. Duti Setem Pindah Milik Kasih Sayang
Pindah milik kasih sayang merupakan proses pindah milik hartanah antara pasangan dan dari ibu bapa kepada anak-anak. Ia biasanya tidak melibatkan sebarang bayaran pembelian.
Perintah Duti Setem (Peremitan) (No. 2) 2019 P.U.[A] 369 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, telah mewartakan bahawa 50% daripada duti setem yang boleh dikenakan ke atas mana-mana surat cara pindah milik ke atas harta tak alih yang merupakan pelupusan secara sukarela di antara ibubapa kepada anak atau sebaliknya berdasarkan harga pasaran hartanah. Namun, duti setem pelupusan secara sukarela di antara suami dan isteri diberikan pengecualian duti setem secara penuh.
Kadar duti setem pindah milik kasih sayang
Kerajaan telah mengumumkan dalam Belanjawan 2023, duti setem ke atas surat cara pindah milik harta tanah secara kasih sayang melibatkan ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu dikecualikan sepenuhnya terhad kepada RM1,000,000 pertama nilai harta tanah.
Sekiranya hartanah lebih daripada RM 1 juta, baki selebihnya daripada nilai harta tanah tersebut tertakluk kepada kadar duti ad valorem dan diberi remisi sebanyak 50% ke atas duti setem yang dikenakan.
Perintah pengecualian duti setem tersebut dikenali sebagai (Pengecualian)(No. 3) 2023, P.U.[A] 178. Boleh rujuk pada pautan ini untuk melihat keseluruhan warta.
Syarat Pengecualian pindah milik kasih sayang
- Duti setem ini hanya akan berkuatkuasa bagi surat cara pindah milik harta tanah yang disempurnakan pada dan selepas 1 April 2023.
- Penerima merupakan warganegara Malaysia
Pemberi dan penerima adalah seperti yang digariskan dalam jadual berikut:
Pemberi |
Penerima |
Ibu atau bapa; atau Ibu dan bapa |
Anak |
Anak |
Ibu atau bapa; atau Ibu dan bapa |
Datuk atau nenek; atau Datuk dan nenek |
Cucu |
Cucu |
Datuk atau nenek; atau Datuk dan nenek |
Definisi anak di dalam jadual ini adalah anak yang sah taraf, anak tiri atau anak yang diambil menjadi anak angkat mengikut mana-mana undang-undang.
Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.
Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.
Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.