Terbahagi Kepada Tiga (3) Kategori:-
- Permohonan Hakmilik Hilang.
- Permohonan Hakmilik Rosak.
- Permohonan Hakmilik Hancur.
Permohonan Hakmilik Hilang:-
Terbahagi kepada dua (2) iaitu Hakmilik Sementara (HS(D)) dan Hakmilik Kekal (GRN dan PN)
Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Hilang:-
- Hakmilik Sementara (HS(D)) = Tiga (3) Bulan.
- Hakmilik Kekal (GRN dan PN) = Enam (6) Bulan.
Hakmilik Hilang adalah merupakan hakmilik yang dipegang oleh tuan tanah atau pihak yang berkepentingan telah hilang di dalam simpanan mereka samada hilang disebabkan kecurian atau hilang disebabkan kecuaian (miss place). Berikut merupakan senarai semak secara ringkas untuk permohonan hakmilik hilang mengikut individu, syarikat swasta/firma guaman dan Jabatan Kerajaan / Badan berkanun (yang tidak berokjektifkan keuntungan).
Permohonan Individu:-
- Salinan Asal Laporan Polis (disahkan oleh balai polis berkenaan) dan nyatakan nombor hakmilik yang hilang dengan lengkap di dalam Laporan Polis
- Salinan Kad Pengenalan Pengadu Laporan Polis.
- Surat Akuan Sumpah Pemilik / Pemilik-pemilik Bersama yang disetemkan (RM10.00)
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik / Pemilik-pemilik Bersama.
- Sijil Carian Rasmi (Tempoh Sah Laku Dua (2) Minggu.)
- Salinan Sijil Kematian / Salinan will @ wasiat & Surat Akuan Sumpah Waris yang disetemkan (RM10.00) Sekiranya Pemilik / Pemilik-pemilik Bersama telah meninggal dunia.
- Salinan Resit Cukai Tanah dan Cukai Taksiran Terkini yang telah dibayar.
- Surat Akuan Sumpah Dari Pihak-Pihak Yang Berkepentingan Berdaftar ke atas hakmilik dan Salinan Kad Pengenalannya serta disetemkan (RM10.00)
- Surat Kebenaran dari pemilik kepada wakil serta surat akuan sumpah wakil dan disetemkan (RM10.00) serta Kad Pengenalan
- Sekiranya melalui peguam, salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpah peguam yang menguruskan permohonan.
- Bayaran Permohonan Proses RM 430.00 (Hakmilik Sementara) atau RM 440.00 (Hakmilik Kekal)
- Sila bawa Kad Pengenalan Penyerah Dokumen semasa membuat perserahan dan perserahan melalui proses Biometrik.
Permohonan Syarikat Swasta / Firma Guaman:-
- Sila gunakan kepala surat syarikat (Letter head) untuk permohonan. Jika melalui peguam, gunakan letter head firma guaman.
- Salinan kad pengenalan pengarah syarikat dan akuan sumpahnya (disetemkan) RM10.00
- Salinan Borang 49, 44 dan 24 serta Resolusi Syarikat dan M & A yang disahkan Setiausaha Syarikat.
- Jika melalui peguam, sila kemukakan salinan kad pengenalan peguam dan akuan sumpahnya.
- Lain-lain seperti permohonan individu.
Permohonan Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun (tidak berobjektifkan keuntungan):-
- Sila gunakan Kepala Surat (Letter Head) Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun berkenaan.
- Salinan Laporan Polis yang disahkan oleh balai polis berkenaan.
- Salinan Kad Pengenalan Pegawai Kerajaan (Pengadu) Laporan Polis.
- Surat Akuan Sumpah Pegawai Kerajaan (Pengadu) Laporan Polis yang disetemkan RM10.00
- Surat Akuan Sumpah serta Salinan Kad Pengenalan Penyerah (Wakil Jabatan / Badan Berkanun).
- Sila bawa Kad Pengenalan semasa menyerahkan dokumen permohonan dan perserahan melalui Sistem Biometrik.
- Tiada Bayaran dikenakan di atas permohonan Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun.
- Kesemua surat akuan sumpah mestilah Bahasa Melayudan disetemkan RM10.00
- Kesemua laporan polis mestilah disahkan oleh balai polis berkaitan
- Sila lampirkan pelan tanah berkenaan jika ada.
- Bayaran Permohonan Melalui Tunaiatau Bank Deraf atas nama “BENDAHARI NEGERI ………………..”.
Permohonan Hakmilik Rosak:-
- Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Rosak ialah Dua (2) Minggu.
- Hakmilik Rosak adalah merupakan hakmilik yang telah dianggap rosak akibat bencana atau dimakan usia atau telah di “laminate” kan.
- Permohonannya adalah sama seperti permohonan hilang dan pemohon perlu membawa hakmilik yang rosak itu ke jabatan ini untuk diproses permohonan gantian hakmilik.
Permohonan Hakmilik Hancur:-
- Tempoh Masa Proses Penggantian Hakmilik Hancur ialah Sembilan (9) Bulan.
- Hakmilik Hancur adalah merupakan hakmilik yang telah hilang di dalam simpanan tuan tanah atau pihak yang berkepentingan dan dalam masa yang sama juga, salinan hakmilik pendua yang disimpan di pejabat tanah telah hilang dan tiada maklumat.
- Proses permohonan memakan masa yang lama kerana memerlukan siasatan dan perlu melalui warta sebanyak dua (2) kali. Ianya juga melibatkan bantahan (jika ada) terhadap tanah yang dimaksudkan.
Bayaran permohonan untuk mendapatkan geran tanah baharu akibat kehilangan atau kerosakan berbeza mengikut negeri dan jenis hak milik. Berikut adalah maklumat bayaran berdasarkan beberapa negeri:
Negeri Selangor
Menurut Pejabat Tanah dan Galian Selangor, bayaran permohonan adalah seperti berikut:
- Hak Milik Hilang:
- Hak Milik Kekal: RM440.00
- Hak Milik Sementara: RM430.00
- Hak Milik Rosak:
- Hak Milik Kekal: RM130.00
- Hak Milik Sementara: RM120.00
Negeri Perak
Berdasarkan maklumat dari Pejabat Tanah dan Galian Perak, bayaran permohonan adalah seperti berikut:
- Hak Milik Hilang: RM210.00 satu hak milik dan tambahan RM60.00 untuk bayaran warta
- Hak Milik Rosak: RM120.00 satu hak milik
Nota: Bayaran ini mungkin berubah dan berbeza mengikut daerah. Adalah disarankan untuk menghubungi Pejabat Tanah dan Jajahan yang berkaitan atau melayari laman web rasmi mereka untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai bayaran permohonan.
Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.
Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.
Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.