Loading...

KAVEAT

By Ejenhartnah.com | Feb 07, 2025 | Category: Tips_advice | 5 min read

KAVEAT

Kita mulakan artikel ini dengan maksud kaveat. Ya, apa itu kaveat? Jom kita fahami terlebih dahulu definisi ‘kaveat’ ini yang dipetik dari kamus Cambridge:

"Ia adalah peringatan untuk mempertimbangkan sesuatu sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut, atau pernyataan yang menghadkan pernyataan yang lebih umum."

Jadi, apakah ‘peringatan’ terhadap tindakan yang nak kita bincangkan di sini? Dan bagaimana soal undang-undang ni boleh diguna pakai dalam konsep hartanah?

Sekarang tiba masanya untuk kita mendalami apa itu kaveat (termasuk kaveat persendirian), dan apa maksudnya dari segi pemilikan hartanah!

 

Kaveat mempunyai 4 jenis, antaranya :

1. Kaveat Persendirian.

Kaveat Persendirian boleh dimasukkan oleh pendaftar atas permohonan orang atau badan yang berikut :-
 i) Mana- mana orang atau badan yang menuntut hak milik atau apa-apa kepentingan yang boleh daftar.
 ii) Mana-mana orang atau badan yang menuntut hak mendapat faedah dibawah mana-mana amanah yang melibatkan tanah atau kepentingan.

2. Kaveat Pendaftar.

Kaveat Pendaftar dimasukkan oleh pendaftar atas salah satu sebab berikut :-
a) Untuk mengelak penipuan dalam urusniaga.
 b) Untuk melindungi kepentingan :
            i) Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dari segi tuntutan hutang.
            ii)Kanak-kanak ,orang kurang siuman atau orang yang tidak diketahui berada di mna  pada masa itu .
            iii) Untuk menjamin pembayaran balik pinjaman kepada kerajaan persekutuan dan negeri  seperti Pinjaman Kerajaan.

3. Kaveat Pemegang Lien.

Dimasukkan oleh pemegang gadaian kepada hartanah tersebut seperti bank sebagai sekuriti.Pemasukkan kaveat ini hendaklah berkuat kuasa pengesahan diatas dokumen hakmilik dan ditandatangani dan mempunyai maklumat berikut:-
 a) Samaada kaveat ini mengikat tanah-tanah itu sendiri atau suatu pajakan sahaja.
 b) nama orang atau badan yang memasukkan kaveat.
Kaveat ini menghalang perkara berikut:
 a) Pendaftaran surat cara urusniaga.
 b) Pendaftaran perakuan jualan.

4. Kaveat Amanah.

Kaveat amanah boleh dimasukkan oleh pendaftar keatas mana-mana tanah atau kepentingan yang dipegang oleh mana-mana orang atau badan yang diamanahkan atas permohonan :-
a) Pemegang amanah pada masa itu mengenai mana-mana tanah atau kepentingan.
 b) Orang atau badan yang mula-mula memindah milikan mana-mana tanah atau kepentingan kepada pemegang amanah.
Kaveat Amanah melarang secara mutlak atau tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran, pengesahan, pemasukkan atau mana-mana dari yang berikut :-
 a) Pendaftaran suratcara urusniaga hartanah tersebut secara langsung.
 b) Pemasukkan catatan mengenai tuntutan kepada faedah sesuatu tenansi dikecualikn daftaran mengenai tanah itu.

 

Tetuan Hafizah & akma 

 

Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.

Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.

Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.

 

Back