Membeli rumah adalah impian ramai orang, tetapi sebelum anda memohon pinjaman perumahan, penting untuk mengetahui kelayakan pinjaman anda.
Bank akan menilai beberapa faktor utama seperti:-
- Pendapatan,
- komitmen kewangan,
- skor kredit anda.
Berikut adalah cara mudah untuk mengira kelayakan pinjaman rumah di Malaysia.
1. Fahami DSR (Debt Service Ratio)
DSR atau Debt Service Ratio adalah peratusan komitmen hutang bulanan berbanding pendapatan bersih anda. Bank menggunakan DSR untuk menentukan sama ada anda mampu membayar ansuran bulanan pinjaman rumah.
Formula DSR: ( Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bersih) X 100
Contoh:
- Pendapatan Bersih: RM5,000
- Komitmen Hutang (Kereta + PTPTN + Kad Kredit): RM1,500
- Anggaran Ansuran Rumah ( yang hendak dibeli): RM1,200
= (1500 + 1200)/ 5000
= 0.54
=0.54 X 100
= 54%
Kebanyakan bank menerima DSR maksimum sekitar 60% - 70% bergantung kepada profil pemohon.
2. Kira Anggaran Pinjaman Layak
Untuk mengira jumlah pinjaman yang anda layak, gunakan formula mudah berikut:
Sebagai contoh:
Amirul adalah pekerja swasta dengan gaji bersih RM 5000 sebulan.
Beliau tidak mempunyai sebarang komitmen. Mengikut kriteria di atas, had DSR yang ditetapkan oleh bank untuk Amirul adalah 54%. Oleh itu, amirul boleh buat pembiayaan rumah dengan had ansuran bulanan sebanyak;
- RM 5000 x 54% = RM 2,700
Untuk dapatkan anggaran harga rumah yang beliau layak beli, darabkan had ansuran bulanan amirul di atas dengan 200.
- RM 2700 x 200 = RM 540,000
Jadi, amirul berpotensi mendapat pinjaman sehingga RM540,000.00
3. Faktor yang Mempengaruhi Kelayakan Pinjaman
✅ Pendapatan Stabil – Bank lebih suka pemohon yang mempunyai slip gaji tetap.
✅ Komitmen Hutang Rendah – Kurangkan hutang sedia ada untuk meningkatkan DSR.
✅ Rekod CCRIS & CTOS Baik – Pastikan tiada tunggakan dalam laporan kewangan anda.
✅ Deposit & Simpanan – Bank lebih yakin jika anda mempunyai deposit tinggi.
4. Gunakan Kalkulator Online
Jika anda ingin mendapatkan angka lebih tepat, boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan yang disediakan oleh bank atau laman web hartanah.
Kesimpulan
Mengetahui kelayakan pinjaman anda sebelum memohon boleh meningkatkan peluang kelulusan. Pastikan DSR anda berada dalam had yang diterima bank dan kawal komitmen hutang untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi.
➡️ Nak semak kelayakan pinjaman anda? Hubungi pegawai bank yang tersenarai di ejenhartanah.com
Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.
Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.
Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.