PAJAKAN DAN SEWAAN TANAH

By Ejenhartanah.com | Feb 03, 2025 | Category: Tips_advice | 7 min read

PAJAKAN DAN SEWAAN TANAH

Pajakan dan sewa adalah urus niaga apabila seorang   memberi kepada Seorang lain satu kepentingan dalam tanahnya bagi satu tempoh tertentu.

Kepentingan yang dimaksudkan termasuk hak untuk menguasai harta berkenaan,

Menggunakannya untuk tanaman, tempat tinggal dan sebagainya. Walau bagaimanapun ia tidak menyebabkan berlaku perpindahan hak milik.

 JENIS-JENIS PAJAKAN

1. Pajakan Biasa

• Seksyen 221 KTN

• Memberi milik katasa keseluruhan atau sebahagian tanah

• Tempoh maksimum adalah 99 tahun atas keseluruhan tanah

• Tempoh 30 tahun untuk sebahagian tanah sahaja.

• Borang 15 A

 

2. Pajakan kecil ( sub- lease)

Seksyen 222 KTN

Mestilah melebihi tiga tahun dan tidak melebihi 30 tahun jika pajakan kecil itu dibuat

ke atas sebahagian sahaja tanah berimilik.

Borang 15B

 

Penyewaan

• Seksyen 223 KTN

• Tempoh penyewaan tidak melebih 3 tahun

• dikenali sebagai ‘sewa bebas daftaran’ kerana ia tidak perlu didaftarkan.

• merujuk kepada prinsip Common law (contract act 1950) dan kaedah ekuiti.

 

JENIS-JENIS SEWA

1. Fixed Period Tenancy (Sewa dengan tempoh tetap)

menetapkan tempoh tamat seperti setahun atau dua tahun.

dengan sendirinya tamat bila berakhir tempoh berkenaan kecuali jika kedua-dua pihak

bersetuju untuk menyambungnya.

Penamatan awal adalah pelanggaran kontrak dan pihak yang melakukannya perlu

membayar gantirugi.

dalam keadaan tertentu arahan perlaksanaan khas boleh digunakan

2. Periodic Tenancy ( Sewa Berkala)

secara bertempoh dan diperbaharui dari masa ke masa seperti sewa bulanan, mingguan,

tahunan atau seumpamanya.

Pembaharuan boleh berlaku secara automatik apabila tamat sesuatu tempoh atau

dilakukan dengan pembayaran sewa yang berulangan.

Penamatan sewa ini hanya boleh dibuat dengan notis dalam tempoh yang dinyatakan

dalam perjanjian atau tempoh yang munasabah.

3. Tenancy at Will (Sewa atas kehendaki)

o apabila sesuatu tanah disewa atas kehendak tuan tanah dan penyewa tidak mempunyai

kepastian tentang tempoh penyewaannya.

o Penyewa perlu keluar dalam tempoh yang munasabah selepas menerima notis keluar

daripada tuan tanah.

 

Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.

Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.

Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.

Back

Top