Suratkuasa yang diberikan oleh pemilik berdaftar kepada individu, agensi syarikat, badan atau pertubuhan untuk tujuan membuat sesuatu urusniaga.
JENIS-JENIS PA
Terdapat 2 jenis Power Of Attorney
1.Revocable PA ( Surat Wakil Kuasa Boleh Terbatal)
2.Irrevocable PA ( Surat Wakil Kuasa Tidak Terbatal
REVOCABLE PA (SURAT WAKIL KUASA BOLEH TERBATAL)
Kuasa yang diberikan oleh pembeli PA kepada penerima PA yang boleh dibatalkan oleh si pemberi PA pada bila-bila masa walaupun tanpa persetujuan daripada penerima PA.
PEMBATALAN SURAT KUASA WAKIL(REVOCABLE)
-Notis penamatan bertulis dari mana-mana pihak pemberi atau penerima PA
-Pemberi atau penerima PA meninggal dunia
-Pemberi atau penerima PA diisytiharkan muflis/bankrupt.
IRREVOCABLE PA(SURAT WAKIL KUASA TIDAK TERBATAL)
-Kuasa yang diberikan oleh pemberi PA kepada penerima PA dan tidak boleh sewenang-wenangnya dibatalkan oleh pemberi PA melainkan dengan persetujuan penerima PA ataupun penerima PA menyerahkan semula kuasa tersebut kepada pemberi PA dengan kerelaannya atau sekiranya salah seorang daripadanya meninggal dunia atau hilang ingatan atau disahkan bankrup.
PEMBATALAN SURAT KUASA WAKIL (IRREVOCABLE)
-PA jenis ini, jika pemberi PA meninggal dunia maka PA uang diberi tidak akan terbatal.
SIAPA YANG LAYAK UNTUK MEMOHON PA
-Mana-mana agensi, syarikat, badan atau pertubuhan yang berkepentingan.
CARA-CARA MOHON PA
-Surat Kuasa Wakil yang didaftarkan di Mahkamah Tinggi
-2 salinan sah yang diakui sah oleh mahkamah. -
-Bayaran pendaftaran permohonan:
· -*Institudi kewangan RM100.00
· -*Individu/syarikat RM300.00
CARA PENDAFTARAN PA
-Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan. TEMPOH SAH PA -
Selama-lamanya sehingga dibatalkan oleh penyerah(pemilik berdaftar) atau atas perintah mahkamah.
Penafian (Disclaimer)
Artikel yang diterbitkan di ejenhartanah.com adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun kami berusaha memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat dan terkini, kami tidak menjamin kesahihan, kelengkapan, atau kebolehpercayaan sebarang kandungan.
Sebarang pandangan atau pendapat yang dinyatakan dalam artikel adalah milik penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi ejenhartanah.com . Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pihak berkaitan seperti ejen hartanah berdaftar, peguam, atau institusi kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan atau pembelian hartanah.
Ejenhartanah.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul akibat penggunaan maklumat dari portal ini. Sebarang tindakan yang diambil berdasarkan artikel di portal ini adalah atas risiko pengguna sendiri.