Loading...

KELANTAN DARUL NAIM

By Ejenhartanah.com | Feb 04, 2025 | Category: Industry_news | 2 min read

KELANTAN DARUL NAIM

Negeri Kelantan Dikenali sebagai Tanah Rendah sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu. Perkataan Kelantan dikatakan berasal daripada perkataan “gelam hutan” yang telah diubahsuai, iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan “kilatan” atau “kolam tanah”. Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri ini merupakan salah sebuah negeri yang tertua di Semenanjung Malaysia dan dipercayai telah diduduki sejak zaman prasejarah lagi dengan penemuan barang purba seperti kapak batu dan bahan-bahan tembikar di Gua Cha, di tebing barat Sungai Nenggiri. Kelantan pada awalnya diperintah oleh raja perempuan pertama bergelar “Seri Maharaja Puteri” iaitu Cik Siti Wan Kembang, diikuti oleh Puteri Saadung (anak angkat Cik Siti Wan Kembang) dan raja-raja seterusnya. Keluasan Negeri Kelantan Kelantan yang mempunyai keluasan 15,040km2 atau bersamaan 161,889,212,667.3 sqft adalah terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan dan bersempadan dengan Thailand di sebelah Utara. 11 JAJAHAN DALAM NEGERI KELANTAN 1.Jajahan Bachok 2.Kota Bharu (Ibu Negeri) 3.Machang 4 Pasir Mas 5.Pasir Puteh 6.Tanah Merah 7.Tumpat 8.Gua Musang 9.Kuala Krai 10.Jeli 11.Kecil Lojing JUMLAH PENDUDUK Pada tahun 1970 jumlah penduduk di negeri Kelantan Seramai 707,300 orang Pada tahun 2020 seramai 1,9067,700 orang RUJUKAN :  Laporan Pasaran Hartanah 2020 ( Napic)  Laporan DOSM Kelantan tahun 2020  wikipedia.org
Back

Top