MILIKI RUMAH PERTAMA ANDA DENGAN MUDAH – PEMBIAYAAN SMART SJKP KINI DIBUKA!

By Ejenhartanah.com | Jul 27, 2025 | Category: Tips_advice | 4 min read

MILIKI RUMAH PERTAMA ANDA DENGAN MUDAH – PEMBIAYAAN SMART SJKP KINI DIBUKA!

Skim patuh syariah untuk pembeli rumah pertama, tanpa pendapatan tetap juga layak!
Pembiayaan sehingga RM500,000 dengan margin sehingga 120% untuk bantu anda memiliki rumah impian.

SMART Mortgage SJKP SUPER menawarkan pembiayaan sehingga RM500,000, merangkumi perlindungan Takaful Bertempoh Berkurangan (MRTT) atau Takaful Bertempoh Tahap (MLTT), yuran guaman dan yuran penilaian hartanah.

Bank Muamalat turut menawarkan varian SJKP Madani SUPER yang menyediakan pembiayaan sehingga 120 peratus, termasuk perlindungan tambahan bagi kerja pengubahsuaian, kelengkapan dan perabot rumah, menawarkan penyelesaian menyeluruh dan praktikal untuk membantu pelanggan memiliki dan menduduki rumah dengan selesa.

 

Kenapa Pilih SMART SJKP Bank Muamalat?

Patuh Syariah Sepenuhnya
Layak untuk yang bekerja sendiri, gig, atau tiada slip gaji tetap
Tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun atau umur 70 tahun
Tiada lock-in period – boleh langsaikan bila-bila tanpa penalti
Bayaran bulanan rendah 5 tahun pertama (Step-Up Rate)
Dokumen ringkas, proses lebih mudah


👤 Siapa Yang Layak?

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pembeli rumah kali pertama sahaja
  • Individu berpendapatan tetap, tidak tetap, atau bekerja sendiri

📑 Dokumen Diperlukan

  • Salinan MyKad
  • Slip gaji 1 bulan / penyata bank gaji
  • Borang EA / EC / J
  • Pengesahan HRMIS (penjawat awam)
  • Perjanjian Jual Beli (S&P) atau resit tempahan
  • Pendaftaran perniagaan (jika bekerja sendiri)

🎯 Nak Tahu Anda Layak?

Gunakan kalkulator kelayakan hartanah kami atau hubungi ejen berdaftar di platform ini untuk semakan percuma.

https://www.muamalat.com.my/financing/personal/mortgage/home-financing/smart-mortgage-sjkp/?lang=ms

 

Back

Top